Pages

Monday 11 July 2016

Tateyama

Destinasi
Dentetsu Toyama - Tateyama
Tateyama Alpine Route

Hari ni adalah kemuncak utk kembara kali ni..pasaipa..
Inilah hari yang ditunggu tunggu..selama 3-4 bulan aku dok mengalter routing bagi nak ngam kan dengan tarikh pembukaan full route utk naik ke Tateyama ni

Pada setiap tahun route ni akan buka pada minggu ke 3 bulan April hingga November jea kerana selepas itu musim sejuk..salji terlalu tebal di atas gunung dan laluan akan ditutup.

Hari ni hari pertama route ni dibuka semula hingga ke Ogizawa

Pepagi lagi dah checkout..gelap lagi dah keluar xsempat nak meninjau kota Toyama ni..padahal depan hostel kami ada moat castle era Edo nak wat camne balik dr Kanazawa dah gelap..

Toyama Attraction
Jarak antara hostel ke station dlm 5 min berjalan, sampai di stesen Dentetsu Toyama, dah ada pon orang beratur utk urusan tiket, baru pukul 6 tu

Toyama Chiho Railway
Ada 2 line kat stesen ni...Tateyama Line..iaitu nak ke Tateyama dan satu lagi Main Line..iaitu nak ke Unazuki Onsen..satu lagi destinasi menarik kat Toyama ni..Kurobe Gorge Railway..mcm Arashiyama Scenic Train kat Kyoto..bg yg berkesempatan boleh menyinggah sini...kami kalau xkalut semalam pon taget nak p sini..

Siap berkon
Bagi pemegang JR Pass ada special option diskaun, hanya Y9000 jea dr Dentetsu Toyama sampai Nagano tp valid utk one way jea..kalau patah balik ikut fare biasa



Jenis pengangkutan dan masa perjalanan

Lepas urusan tiket, urusan bagage transfer plak..xkan nak hangkut beg ke atas kan...depa pon xbagi...nak xnak transfer jea la beg tu.

Baggage Delivery Service
Ada dua pusat pengambilan samada di Shinano Omachi atau Nagano..untuk Nagano, sebuah beg dicas sebanyak Y2200 pukul 4 sampai beg tu kat stesen, kita xyah pening pening..Insha Allah di Jepun ni kehilangan tu jarang berlaku


Type 14760


Dr Dentetsu Toyama ke Tateyama Station, naik tren klasik..kehkeh lebih kurang sejam lebih jugak..

Tiba di Stesen Tateyama dah agak sesak ngan pelancong tempatan...bagi yg berkereta, stesen ni adalah stesen permulaan..

Tateyama Station

Nak menguap balik tido bang


Dr Tateyama ke Bijodaira naik kabel car dalam 10 minit

1st trip kabel car


Bijodaira Station
Dr Bijodaira ke Murodo naik  Tateyama Highland Bus...tp setiba nya kami kat Bijodaira Stesen...depa lak buat pengumuman cuaca amat buruk..so perjalanan dengan bas dihentikan sementara cuaca pulih...

1st bus 740hrs

Alpine Bus
Lepas sejam baru lah perjalanan diteruskan...kalau nak view cantik sila duduk sebelah kiri..nti bas akan perlahan bila sampai spot spot yg cantik cantik utk kita snap gambar


Untuk perjalanan dr Bijodaira ke Murodo ni akan mengambil masa sekitar sejam dan bas akan berhenti sekejap utk menurunkan penumpang di stesen Midagihara...ada hotel n Mountain Trail kat sini..
Pemandangannya...pehhhhh..awesome..
Dataran salji memutih dan menurut makcik jepun sebelah aku ni kalau cuaca elok bandar Toyama boleh nampak jelas dr dataran ni


Midagahara Station

Bermula dr Midagahara, kiri kanan jalan dah xnampak pemandangan apa dah kecuali snow wall yg makin lama makin tinggi...gila tu





Sampai stesen Murodo, hujan balik maka berkepok kepok lah manusia tua muda dengan ski gear bagai berlonggok kat stesen ni xleh keluar...cuaca buruk..angin kencang...makin lama makin penuh pasal trip bas yg terkemudian pon dah sampai...nasib baik time ni dr arah Ogizawa belum sampai lagi..kalau x sardin la jawab nya

Nak dekat sejam jugak la..dia xbagi keluar..lepas tu bila pintu bukak...hambik ko..mcm lembu Spain terlepas nak menanduk org..hahahahah


No comments:

Post a Comment