Pages

Tuesday 24 May 2016

Sakura Kawaguchiko


Destinasi
Lake Kawaguchiko
Haneda Airport-Kawaguchiko Station
Keikyu Airport Bus

Pepagi lagi dah ready...pukul 0530 dah terang kat sini, Breakfast dengan bun yang aku beli belambak dekat KLIA MTB sebelum depart semalam amat amat mengenyangkan..0600hrs aku dah terpacak kat Kaunter Tiket kat arrival Hall tu



Harga tiket Y2470@RM 80 lebih kurang untuk perjalanan yang mengambil masa sejam setengah. Dari kaunter tu kita terus berjalan ke depan untuk turun ke Bus Lane di Ground Level

Platform 7


Info Bas

Bus Stop No. 7, ada staff menjaga setiap stop ni...ada screen menunjukkan masa bas tiba..TEPAT pada masanya


Bas dah sampai

xde orang pon 

Masuk jea dalam perut bas aku x menunggu terlalu lama untuk sambung tido....ada la kira kira sejam terlelap.....Bas akan singgah jap kat stesen Fuji-Highland sebelum ke stesen Kawaguchiko


Kat mana nie


Fuji Q Highland Resort

Gerabak lama 

 Stesen Kawaguchi 

Fujisan Express


Dah sampai destinasi pertama...tp lake nya xnampak lagi....checkin dulu hostel..campak beg..pasni kita merayau Pekan Kawaguchi...yang paling malang Mt.Fuji xnampak bayang langsung...waaaaaaa

Friday 13 May 2016

Sakura Japan Part. II

Destinasi
Tokyo
Haneda Airport
2230hrs

Jejak jea kaki kat Haneda Airport , perkara pertama yang aku tgok ialah kat mana esok nak beli tiket bas ke Kawaguchi Lake 


Senang jea...keluar jea Immigration and Custom Hall dah boleh nampak kaunter tiket betul betul depan  arrival hall sebelah kiri




Usha lagi area arrival level ni....sebelah kiri hujung sekali ada tempat mandi...sebelah kanan ada bilik prayer hall..keseluruhan kawasan arrival ni dipenuhi oleh kerusi panjang...memang port untuk berehat..ada yang dah siap booking lagi




Turun ground level..ada lawson..betul betul bawah escalator..ada bilik merokok, nak charge hp pon xde masalah ..Finally..ok kita lepak kat sini untuk malam ni..








Bab keselamatan, xda masalah...polis bersepah...sampai kan pokok bunga hiasan tepi dinding pon ada staff yang akan check satu satu dengan metal detector...aku malas nak pikir tu suma..aku datang nak berjalan...moh kita merayau satu epot malan ni...kita naik departure hall tgok ada apa



Nihonbashi Bridge

Edo Market

Shogun Samurai






Ada replika Nihombashi Bridge, Edo Market, Cool Zone, Hot Zone...viewing area paling menarik tp tu lah suma sunyi sepi jea suma dah tutup..kita bergambar pon di perati oleh polis polis yang lalu lalang..Jom tido dah pukul 2 pagi nih...esok nak start jalan...kaki kena fresh...tapi sepanjang malam pakcik ni buat bunyi...eearrhhhh...kami nak tido le pakcik..


Wednesday 11 May 2016

Sakura Japan Part. I

Penuh habuk dah blog aku....rasa mcm malas nak update dah blog...xde masa
Tu ari pi UK meround dr selatan sampai utara pon x update

Tapi kali ni untuk Kembara Si Cipan IV wajib lah aku mengupdate blog aku yg dah bersawang nih
Musim Bunga Sakura beb...Spring with Cherry Blossom.

Macam biasa travel buddy aku mestilah dengan wif tersayang bersama sama ngan fellowship yang biasa...senang pegi ngan orang yang paham kita..boleh ikut kepala aku. Walaupun  aku dah habaq kat depa..trip kali bajet besar sikit pasal kita nak meround keseluruhan Chubu Region..wilayah pergunungan terkenal di jepun





Untuk trip kali dari Haneda Airport, itinerary akan bermula dari Kawaguchiko sebagai destinasi pertama selepas itu transit kat Nagoya sebelum memasuki Hida Region untuk ke Takayama seterusnya  Toyama melencong ke Kanazawa kembali semula ke Toyama sebelum ke destinasi utama trip kali ini iaitu Tateyama Mountain Range.Selepas itu baru lah ke Tokyo dan Yokohama sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur


1300 km @ 9H/8M

So aku awal awal lagi dah mensyaratkan..kena beli JR Pass..sebab kos untuk pengangkutan keseluruhan jea dah dekat RM1500-2000...pehhhh..gila mahal tp amat amatlah berbaloi dengan perjalanan, dengan henjut naik berjenis Shinkansen sesuka hati.  


7 Days JR Pass ni berharga Y29110 pada masa aku beli tukaran wang Yen-Ringgit RM 1077, jadi memang pulun abis trip kali ni .JR pass ni kita boleh beli kat Tingkat 16, Amoda Building, Bukit Bintang, K.Lumpur . Bawak salinan biodata passport pon dah cukup untuk JTB issue voucher JR Pass valid 3 bulan dari tarikh pembelian...maknanya 3 bulan sebelum kita pegi Japan dah boleh beli... jadi pelan pelan keluar duit..3 bulan leh kumpul balik bajet ke Jepun nih



Nak share tips la tentang JR Pass ni..boleh digunakan untuk semua laluan JR, xkiralah  shinkansen ke, limited express ke, rapid ke asal laluan tu JR punya pulun lah (unlimited ride) dan ada certain laluan bas kecuali Nozomi dan Mizuho Shinkansen .
Beza nya yang sebenarnya Nozomi ni express non stop bagi laluan Tokaido iaitu Tokyo-Osaka dan Mizuho bagi laluan Osaka-Kagoshima semuanya melibatkan JR West. nanti kat platform ada jea tulis jadual tren...selang 10 minit jea...xde masalah bab tu



Korang gak boleh gunakan aplication hyperdia.com untuk budget keperluan membeli JR Pass ni ,kat situ dah ada siap timing tren (klik kat interval timetable) dan harga sekali...so boleh congak kalau keseluruhan trip kos pengangkutan dengan JR ni melebihi Y29000...baru la korang beli..

Walaubgaimanapun, JR pass ni hanya untuk pengangkutan awam menggunakan Japan rail jea tau JR West, JR East, JR Hokaido...kalau syarikat lain macam Kintetsu,Hankyu, Keisei (Kansai Region), Keikyu, Keisei, Odakyu (Kanto Region) kena bayar asing 





Contoh kalau base korang dari Tokyo tp nak ke Kyoto tidak bermalam di Kyoto-Osaka (Kansai Region) saja nak meround kat situ...tambang tren dengan Hikari Shinkansen siap reserved ticket ialah Y14000..return dah Y28000..tu baru satu tempat....belum lagi pi merata oleh itu wajib lah amik JR Pass ni..kalau nak jalan merata Japan la...kalu stakat pegi Tokyo/Osaka nak round sekitar xpayah la bli...ada jea option lain...contohnya JR Tokyo Wide Pass...cover Tokyo leh pi Gala Yuzawa main salji atau Kansai Thru Pass/ Kansai Amazing Pass untuk cover Osaka Kyoto Kobe



JR Pass dah beli hanya menunggu hari dan ketikanya....
Destinasi pertama Haneda Airport....jom kita meluncur ke Negara Matahari Terbit sekali lagi....

Sakura ko tunggu aku sampai pastu nak gugur gugur lah....