Pages

Wednesday 11 May 2016

Sakura Japan Part. I

Penuh habuk dah blog aku....rasa mcm malas nak update dah blog...xde masa
Tu ari pi UK meround dr selatan sampai utara pon x update

Tapi kali ni untuk Kembara Si Cipan IV wajib lah aku mengupdate blog aku yg dah bersawang nih
Musim Bunga Sakura beb...Spring with Cherry Blossom.

Macam biasa travel buddy aku mestilah dengan wif tersayang bersama sama ngan fellowship yang biasa...senang pegi ngan orang yang paham kita..boleh ikut kepala aku. Walaupun  aku dah habaq kat depa..trip kali bajet besar sikit pasal kita nak meround keseluruhan Chubu Region..wilayah pergunungan terkenal di jepun





Untuk trip kali dari Haneda Airport, itinerary akan bermula dari Kawaguchiko sebagai destinasi pertama selepas itu transit kat Nagoya sebelum memasuki Hida Region untuk ke Takayama seterusnya  Toyama melencong ke Kanazawa kembali semula ke Toyama sebelum ke destinasi utama trip kali ini iaitu Tateyama Mountain Range.Selepas itu baru lah ke Tokyo dan Yokohama sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur


1300 km @ 9H/8M

So aku awal awal lagi dah mensyaratkan..kena beli JR Pass..sebab kos untuk pengangkutan keseluruhan jea dah dekat RM1500-2000...pehhhh..gila mahal tp amat amatlah berbaloi dengan perjalanan, dengan henjut naik berjenis Shinkansen sesuka hati.  


7 Days JR Pass ni berharga Y29110 pada masa aku beli tukaran wang Yen-Ringgit RM 1077, jadi memang pulun abis trip kali ni .JR pass ni kita boleh beli kat Tingkat 16, Amoda Building, Bukit Bintang, K.Lumpur . Bawak salinan biodata passport pon dah cukup untuk JTB issue voucher JR Pass valid 3 bulan dari tarikh pembelian...maknanya 3 bulan sebelum kita pegi Japan dah boleh beli... jadi pelan pelan keluar duit..3 bulan leh kumpul balik bajet ke Jepun nih



Nak share tips la tentang JR Pass ni..boleh digunakan untuk semua laluan JR, xkiralah  shinkansen ke, limited express ke, rapid ke asal laluan tu JR punya pulun lah (unlimited ride) dan ada certain laluan bas kecuali Nozomi dan Mizuho Shinkansen .
Beza nya yang sebenarnya Nozomi ni express non stop bagi laluan Tokaido iaitu Tokyo-Osaka dan Mizuho bagi laluan Osaka-Kagoshima semuanya melibatkan JR West. nanti kat platform ada jea tulis jadual tren...selang 10 minit jea...xde masalah bab tu



Korang gak boleh gunakan aplication hyperdia.com untuk budget keperluan membeli JR Pass ni ,kat situ dah ada siap timing tren (klik kat interval timetable) dan harga sekali...so boleh congak kalau keseluruhan trip kos pengangkutan dengan JR ni melebihi Y29000...baru la korang beli..

Walaubgaimanapun, JR pass ni hanya untuk pengangkutan awam menggunakan Japan rail jea tau JR West, JR East, JR Hokaido...kalau syarikat lain macam Kintetsu,Hankyu, Keisei (Kansai Region), Keikyu, Keisei, Odakyu (Kanto Region) kena bayar asing 





Contoh kalau base korang dari Tokyo tp nak ke Kyoto tidak bermalam di Kyoto-Osaka (Kansai Region) saja nak meround kat situ...tambang tren dengan Hikari Shinkansen siap reserved ticket ialah Y14000..return dah Y28000..tu baru satu tempat....belum lagi pi merata oleh itu wajib lah amik JR Pass ni..kalau nak jalan merata Japan la...kalu stakat pegi Tokyo/Osaka nak round sekitar xpayah la bli...ada jea option lain...contohnya JR Tokyo Wide Pass...cover Tokyo leh pi Gala Yuzawa main salji atau Kansai Thru Pass/ Kansai Amazing Pass untuk cover Osaka Kyoto Kobe



JR Pass dah beli hanya menunggu hari dan ketikanya....
Destinasi pertama Haneda Airport....jom kita meluncur ke Negara Matahari Terbit sekali lagi....

Sakura ko tunggu aku sampai pastu nak gugur gugur lah....


2 comments: