Pages

Tuesday 7 June 2016

Peaceful Nagoya


Destinasi

Nagoya Station
Kawaguchiko-Shinagawa-Nagoya


Pepagi kat Kawaguchiko dah ujan...adusss....apa nak buat nihh..

Pi stesen cari tiket... Kat Kawaguchi ni stesen train dengan bas..sama tempat okies..apa apa tiket pon xpe asal bole sampai awal ke Nagoya..dr dok melengung kat sini apa pon xbole..pasal ujan...baru pukul 7 pagi...aktiviti kat stesen blom rancak lagi.

Rupanya banyak gak jadual perjalanan bas dr bandar lain ke Kawaguchi ni...tp masa aku survey pakcik google..bape kerat jea yg ada perjalanan ke sini...hampehh...kalu tahu semalam lagi aku dah booking siap siap..pasal kebanyakan nya habis dijual....Nak habaq...ada bas dr sini ke Gotemba pukul 730 pagi..so pada siapa yang nak menyopping kat Premium Outlet tu leh la pakat booking cecepat...dr Gotemba boleh jea pi Odawara untuk ke lain lain destinasi lepas tu....

Congak congak balik timing perjalanan aku...aku stick jea dengan plan asal pi Shinagawa, Bas pukul 10...xpe la..len kali pegi dah tau apa nak buat..

Kawaguchiko Station


 Mt Fuji menyorok disebalik awan tebal




 Fujikyu Railway

 Bas henti henti

Fujisan Express



Infomation centre


 Shinagawa

 nanti tgu bas kat sini

Orang dah ramai


Shinagawa Station

Stesen Shinagawa Tokyo menjadi pilihan untuk menukar voucher JR sebab info mengatakan kalau tukar kat Tokyo/Shinjuku beratur panjang...aku sebenarnya dah suruh Bob pegi survey dulu..Bob n kawan dia dah sampai Tokyo dah 3 hari awal...memang lama pasal pelancong serata negara pi tukar kat situ gak...Shinagawa ni salah satu stesen besar kat Tokyo yang ada kemudahan pertukaran cuma dia bukan stesen transit utama...aku rasa xramai orang tukar kat sini..kot..kot la





South Entrance


Kaunter Pertukaran

 Ini dia


Kenang Kenangan






Jangan lupa untuk reserved seat kita...nanti dia akan bagi satu lagi tiket asing khusus untuk perjalanan kita siap dengan seat number...Lagi elok kalau dah confirm perjalanan kita...reserved kan seat awal awal...bukan apa xde la berebut sangat kalau seat dah reserved...reserved seat carriage ngan non reserved carriage lain...yang reserved duduk ngan reserved jea...xcampur ngan non reserved dan xyah la beratur atur ni...hahahahaha



Moh kita ke Nagoya...Nagoya Gedung Tekstil ke...kekekkee..ada sale tu skrg



Reserved Seat xde orang pon

No comments:

Post a Comment