Pages

Tuesday 14 June 2016

Takayama II


Shin Hotaka Ropeway
Takayama Nohi Bus Centre
Nohi Bus

Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam dr Takayama....dalam bas layan permandangan jea dengan gunung ganang sebagai lanskap



Berkenaan Shin Hotaka Ropeway ni...kenapa aku beria ria sangat nak pegi sini..

Bila kita masuk jea Takayama bermakna kita memasuki Hida Mountainous Region iaitu Northern Japanese Alps dan Kawasan Taman Negara Chubu Sangaku hingga ke Nagano Antara destinasi popular di sini selain Rumah Tradisi Gassho Zukuri di Shirakawago dan Gokayama adalah Ropeway Shin Hotaka dimana disini kita akan disajikan dengan pemandangan Alps Jepun dari atas puncak Mt. Hotaka menggunakan kereta kabel dan satu lagi destinasi popular kawasan Taman Negara ni ialah Tateyama Alpine Route dimana ianya menjadi destinasi utama aku pada trip kali ni...yang tu aku naik lusa...Hari ni kita buat pra hiking dulu...hiking la sangat..hahaha

Kawasan pelancongan popular lain di Hida Region (Klik Sini)

Setelah dikaji ngan budjet kepuasan aku memutuskan kami akan ke Shin Hotaka, Shirakawago dan Tateyama untuk kembara kami kali ni..kalau ada masa akan ke Kanazawa dan Nagano..Insha Allah






 Nun jauh disana

 Air gunung

Deras tau


 Pehhh...

Syoknya


Shin Hotaka Ropeway

Stesen Shin Hotaka

Turun dari bas terus ada orang berteriak..gondola nak jalan lagi 5 minit...xsempat nak snap terus berlari naik atas ke kaunter tiket....combined tiket just tunjuk tiket n jalan...xramai sebenarnya pasal tu dia panggil..infact xde orang pon yang menunggu gondola tu...kami yang dalam bas jea...ok la view superb tanpa gangguan kepala 

Yang buat Shin Hotaka ni popular adalah pasal ianya satu satunya gondola 2 tingkat di Jepun ni dan yang lagi bes kena naik 2 kali gondola..1st gondola dalam 150 meter menghubungkan bahagian bawah ke Nabeidaira Kogen.. Onsen terbuka yang free dan dari situ ke Stesen Nishi Hotaka di puncak lebih kurang 2100 meter tinggi.

Nabeidaira Kogen..goggleimage

Double deck Gondola

Sampai di puncak kita di sajikan dengan pemandangan gunung ganang yang indah..kemuncak gunung dilitupi salji sepanjang tahun..

Kita boleh jea melihat pemandangan dr upperdeck Stesen Nishihotaka atau keluar untuk menikmati pemandangan dr dekat , ada jugak trek untuk jungle trekking dan kawasan untuk main salji...jommm




Rangkaian puncak gunung


2155 Meter dr aras laut


Mountain Trail 


Pintu Keluar dr Stesen





  
Hiking Starts Here

Wajib




Kenangan ni

Perut dah berbunyi mintak di isi , Bangunan 4 tingkat Stesen Nishihotaka mempunyai sebuah restoran ...bekal roti n nasi yang dibeli dr pekan Takayama boleh jea minta di panaskan...tp kena beli air dia la..lepas memenuhkan perut baru lah kami turun...xpe lusa boleh main lagi salji kat Tateyama

Perjalanan balik aku lelapkan mata.....buka mata tahu dah sampai jea Pekan Takayama...pengunjung dah mula beransur kurang..kita round pekan dulu sebelum checkin bilik


 Nohi Bus Centre Takayama

 Stesen Takayama dengan kerja kerja naiktaraf

Peta takayama pelbagai bahasa



 Arrival mark





Agak lengang dah

Miyagawa River


Xtau patung apa


jernih bak hang

Miyagawa Morning Market

 Sakura lagi...




Nakabashi Bridge

Ronda ronda hari pon makin gelap sebelum check in kami singgah beli pek nasi untuk melempiaskan nafsu perut setibanya di hostel nanti...
Esok Shirakawa on the go


No comments:

Post a Comment